Assalamualaikum

Friday, April 24, 2009

Tips-Tips Untuk Cemerlang Dalam Peperiksaan

Peperiksaan ibarat sebuah medan peperangan untuk menguji kemampuan, strategi, ilmu pengetahuan dan ketangkasan yang dimiliki oleh seseorang calon. Ianya juga menjadi kayu pengukur kepada kecemerlangan seseorang dalam bidang akademik yang diceburinya, tidak kira di peringkat rendah mahupun universiti, hatta dalam alam kerjaya juga diwujudkan PTK (Penilian Tahap Kecekapan) sebagai tanda aras untuk kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan. Di sini penulis ingin kongsikan tips-tips untuk cemerlang dalam peperiksaan, dengan harapan agar ia menjadi pedoman dan panduan untuk semua Insya Allah :-
Sebelum Peperiksaan :
  • Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.
  • Kenali (ta'yiin) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik. (sama ada ia berbentuk subjektif atau objektif, bilangan soalan, variasi soalan, bentuk-bentuk soalan (struktur, isi tempat kosong, atau sebagainya) yang akan dikemukakan nanti.
  • Kelaskan (taqsiim) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.
  • Sebaik-baiknya buat perancangan ulangkaji strategik (Jadual mutala'ah dan muraja'ah) sepanjang sesi pengajian dan penekanan dan fokus terhadap subjek dalam lingkungan sebulan atau tiga minggu sebelum exan bermula.
  • Setkan (tathbit) markah atau CGPA untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, letakkan markah setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong, contoh ; A untuk semua subjek/ CGP 4.0 untuk subjek2 di Universiti.
  • Lakar (ilhaq) matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan meja study atau di tempat tidur agar diri kita terkesan untuk mencapainya. Contoh keputusan A dalam semua subjek dalam STPM 2009.
  • Bina komuniti (ijma' wattabaadul) strategik untuk perkongsian pintar. Contoh, study group untuk subjek-subjek kritikal dengan sahabat-sahabat yang mantap dalam subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang hero dalam sesuatu subjek dengan niat untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujuk kepadanya, berkongsi dan bertukar-tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah, instutusi, universiti lain.
  • Ajar (ta'lum) kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu, melalui method ajar orang lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.
  • Membiasakan diri merujuk kepada guru/pensyarah (murshid) jika tidak begitu faham dalam sesuatu subjek yang diajari sama ada direct dalam kelas atau selepas waktu pembelajaran. Dengan bertanya sebenarnya akan membuatkan kita lebih rapat dengan guru, dikenali dan diberi kepercayaan oleh mereka.
  • Kumpulkan sebanyak yang boleh contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat analisis dan latih tubi, minta dari senior-senior atau cari di Bank Soalan Sekolah/Universiti, pada kebiasannya soalan tidak lari dari 5 tahun kebelakang (pengalam penulis) jika format tidak berubah. Perhatikan rentak (bentuk) soalan yang dibuat guru/pensyarah dan tackle cara nak menjawabnya.
  • Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam'ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibubapa atau guru.
  • Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid yang ma'thur (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernah diamalkan oleh Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti.
  • Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia tergangu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.
  • Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.
  • Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari guru/pensyarah bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjek tersebut. Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlah masa dan wang demi pelaburan masa hadapan.
  • Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

FINAL EXAM

Salam ukhwah............

rasanya tak terlambat nak ucapkan selamat menempuh final exam tuk kekawan..kepada sahabat-sahabatku yang dirindui n diredhoi ALLAH....jadikan exam ni sebagai wadah tuk kita membawa islam setapak kehadapan.sesungguhnya Ilmu ALLAH meliputi langin dan bumi. perbetulkan niat kita semua jangan jadikan exam ni tuk lulus semata-mata tp jadikan exam ni tuk meningkatkan ilmu di dunia dan akhirat. ni nk bagi ckt tips tuk panduan kata bersama yangbergelar. "MAHASISWA UNGGUL WADAH PERJUANGAN UMMAH"

Monday, March 9, 2009

Selamat Menyambut Maulidurasul......


Salam Maulidurasul
Kepada semua sahabat tidak kira di mana jua berada.... semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.....

Thursday, February 26, 2009

----:KaTa UsTaZ :.......


Kata ustat
Kita ini semuanya sama Tiada beza yang tua mahupun yang muda Jangan menyombong atau takbur Sesama manusia Sekalipun kita berpangkat atau berilmu Kerana disisi Allah Kita semuanya sama…

Kata ustat
Jangan kita hina orang yang lemah Yang kurang berada Mahupun yang kurang paras rupa Tiada beza yang mengerjakan sawah Mahupun yang membina perumahan mewah Kerana disisi Allah Kita semuanya sama…

Kata ustat lagi
Jangan kita hina

Budak kecil yang comot lagi berhingus

Kerana dia tiada dosa

Sedangkan kita

Setiap waktu dan ketika

Memenuhi hati kita

Dengan titik-titik noda
Dalam tidur, dalam jaga…


Akhirnya ustat berpesan,

Ingatlah!

Kita manusia semuanya adalah sama
Yang membezakan kita

Hanyalah AMAL dan TAQWA

Biarlah kita kurang dimata manusia

Tetapi tinggi disisi ALLAH…


Peliharalah dirimu

Agar tidak dinodai dengan suasana

Sesungguhnya dirimu

Ada harga diri

Yang tidak ternilai mahalnya…

Saturday, February 21, 2009

HiKmAh DiaM….

Sebagai ibadah tanpa bersusah payah..
Perhiasan tanpa berhias…
Kehebatan tanpa kerajaan…
Benteng tanpa pagar…
Rehat bagi kedua malaikat pencatat amalan…
Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang…
Menutupi segala aib…
~”Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya.” (Riwayat Abu Naim)~
~”Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.” (Riwayat Bukhari & Muslim)~
~”Barangsiapa dia, maka ia terlepas dari bahaya.” (Riwayat At-Tarmizi)~


ReNuNGan BeRSaMa...........
Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk

Sunday, February 15, 2009

SaHaBat KU


Jika hari ini aku terlalu gembira,sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah,
Jika aku bersedih tanpa kata,pujuklah aku dengan tarbiah pencipta,
Jika aku lemah tidak berdaya,ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga,
Jika di antara kita ada tembok yang memisah,ajaklah aku meleraikannya segera,
Jika pernah hatimu terluka,luahkanlah agar aku berubah,
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga,iringlah doaku dengan kalungan doa...
Berjanjilah sahabat,ukhwah kita untuk selamanya....

RENUNGKAN BERSAMA..............

Thursday, February 12, 2009

Orang gereja masuk ISLAM



Dalam kita memperjuangkan Islam pada hari ini,sahabat ingin berkogsi satu kisah dengan rakan-rakan sahabat lain mengenai kisah betapa Islam ini adalah syumul.........

jom hayati bersama..........................

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam.
Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, “Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.”

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.” Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?”

Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.”

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.”

Si pemuda tersenyum dan berkata, “Silakan!”

Sang paderi pun mulai bertanya, “Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca Basmalah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).”(Al-Isra’: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.” (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ” tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai.” (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, “Apakah kunci surga itu?” mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!”

Paderi tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”

Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda. “

Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.”

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

RENUNGAN..................

persoalan daripada sahabat

apa sumbangan kita dalam islam pada hari ini?

jangan kita islam atas dasar keturunan semata-mata tapi cuba kita mencari apa itu islam ?

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).