Assalamualaikum

Friday, January 30, 2009

Di mana cantiknya seorang muslimah


Di Mana Cantiknya Seorang Muslimah?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan.

Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan

Perempuan....

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung

Saturday, January 24, 2009

SEMINAR PENGURUSAN CINTA


Rasanya rugi apabila kita menghadiri suatu program tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Seminar Pengurusan Cinta yang julung-julung kalinya diadakan di UMSKAL mempunyai nilainya yang tersendiri apabila penulis buku "Aku Terima Nikahnya" iaitu Ustaz Hasrizal Abd Jamil telah turun sendiri untuk memberi seminar kepada pelajar-pelajar yang ingin mengenal apa itu cinta, apa sebenarnya cinta, dan kenapa perlu ada cinta.

Pengisian yang menarik menyebabkan saya tidak boleh tidur walaupun dewan di sinari dengan lampu romantik bewarna kekuningan, pendingin sejuk berada di tahap 17 darjah.

Suka saya tekankan bahawa "Penentu amal adalah dengan penentuan niat"-Al-Hadith. Dalam hadis 40 hadis pertama turut menekankan mengenai niat. Jika kita niatkan sesuatu untuk mendapatkan maka kebaikan yang akan kita perolehi, sebaliknya apabila kita meniatkan sesuatu yang tidak baik maka tidak baik yang akan kita perolehi.

Sebagai contoh, Dalam sebuah syarikat pembangunan, terdapat 3 orang pekerja yang bekerja dalam department yang sama iaitu bekerja di bawa panas terik matahari. Mendapat gaji yang sama nilainya. Tetapi ada satu perkara yang membezakan mereka. Apa dia...? Suatu ketika datang seorang hamba ALlah berjumpa pekerja-pekerja tersebut. Gambaran jelas bahawa pekerja yang pertama bermuka masam apabila bekerja, pekerja yang kedua mukanya sentiasa ceria manakala yang ketiga mukanya berbaur kebahagiaan yang penuh bermakna.

Rupa-rupanya, di antara mereka mempunyai tujuan dan matlamat untuk bekerja di Syarikat tersebut.

"Kenapa bermuka masam...?" Soal Hamba ALlah tadi. Pekerja pertama menjawab, "Saya lakukan kerja-kerja ini kerana terpaksa." Alangkah ruginya dia melakukan kerja kerana terpaksa, tersiksa.

Pekerja kedua dia up sikit, "Wah cerianya muka ada apa-apa yang boleh dikongsikan..?" Tanya Hamba Allah lagi. Jawab pekerja kedua pula, "Saya lakukan semua ini adalah ingin mendapatkan hasil yang sempurna kerana apa yang saya lakukan baik maka baiklah hasilnya untuk saya".

Bahagianya pekerja yang ketiga. Bermatlamat yang jangka panjang iaitu memberi kebahagian kepada sesiapa yang menggunakan bangunan yang disiapkan dengan hasil kerjanya sendiri. "Alangkah bahagianya mereka yang menggunakan bangunan yang saya siapkan dengan hasil tangan saya sendiri, kerana sekarang saya berniat siapkan bangunan ini untuk digunakan pada masa hadapan".

Nawaitu membawa kita ke mana tujuan. Kata Ustaz Hasrizal, "What you see is what you get". Pepatah orang putih ini memberi amaran kepada kita bahawa kita perlu ada anjakan paradikma untuk melihat sesuatu dengan pandangan positif supaya kita dapat melahirkan rasa positif dalam diri.

Sebelum melakukan sesuatu betulkan niat kerana Allah, sebagai individu muslim perlu bijak dalam menilai, mangadaptasi keadaan dan berfikiran positif.

Thursday, January 22, 2009

Perjuangan belum selesai

Assalamualaikum w.b.t.

Wahai sahabat ku yang ku kasihi kerana Allah. Salam ukhuwahfillah. Salam tahun hijrah 1430. Salam Ziarah dan Salam Blog.

Amacam azam tahun baru...? Mesti ada azam tahun lepas yang belum tercapai. Kini kita berada di tahun baru hijrah. "Jadikan hari ini lebih baik dari semalam". Inilah azam tahun baru seorang kawan satu sekolah dua tahun lepas. Harap-harap apa yang dia ingin inginkan tercapai. Bagaimana pula dengan teman-teman sekalian..?

Penulis sebenarnya ingin berkongsi satu cerita tentang "perjuangan belum selesai" yang menjadi tajuk utama blog Pedoman Hidup kali ini. Tajuk ini amat unik dan sukar untuk ditafsir bagi mereka yang tidak memahaminya. Dalam penulisan sebelum ini, penulis sempat berkongsi mengenai "Buat baik sebelum orang lain suruh". Tajuk ini juga berkaitan dengan tajuk penulisan kali ini.

Perjuangan jenis apakah yang kita lakukan sehingga boleh menggegarkan satu dunia. Adakah cukup dengan kita berada dalam kelompok yang mementingkan dunia semata-mata. Tanpa berperang, berperang tidak bermaksud menjunjung senjata. Teringat pula kata seorang ustazah bahawa berfikir sejenak demi kebaikan Islam adalah lebih baik daripada melakukan ibadah seribu tahun dalam keadaan tidak khusyuk.

Berfikir sesuatu untuk menulis blog juga dikategorikan sebagai berperang yang dipanggil berperang dengan pena. Ini adalah satu medan yang boleh digunakan untuk menggantikan kita berperang di Palastin. Walaupun kita tidak berada di tempat mereka sekurang-kurangnya kita dapat memberi kesedaran kepada masyarakat luar mengenai kehidupan mereka di sana.

Berbalik kepada topik yang menjadi perbincangan utama kali ini bahawa perjuangan belum selesai sesuai untuk mereka yang cintakan kedamaian. We love Islam...!! We want peace..!!

Adakah janji-janji yang pernah dilafazkan mampu meringankan beban saudara kita di palastin. Atau hanya sekadar omongan kosong untuk mengaburi mata supaya percaya dengan kata-kata mereka. Dengan inisiatif untuk berkongsi pendapat tentang dunia luar melalui blog ini diharap mampu membuka mata pimpinan yang tidak bertanggungjawab agar menyelamatkan saudara seislam yang berada di jauh di mata tapi mereka tetap di hati.

Peribahasa melayu mengatakan bahawa Cakap tak serupa bikin menjadi persoalan apabila pelbagai usaha dilakukan oleh negara barat untuk menghentikan serangan di Gaza. Namun hasil tidak juga kelihatan. Di mana peranan kita sebagai seorang islam yang sedar akan konflik yang berlaku.

Inilah perjuangan yang belum selesai, diharap hasil penulisan yang tidak seberapa ini dapat menjauhkan penulis daripada ditanya di akhirat kelak. Berfikir sejenak demi Islam.