Assalamualaikum

Thursday, January 22, 2009

Perjuangan belum selesai

Assalamualaikum w.b.t.

Wahai sahabat ku yang ku kasihi kerana Allah. Salam ukhuwahfillah. Salam tahun hijrah 1430. Salam Ziarah dan Salam Blog.

Amacam azam tahun baru...? Mesti ada azam tahun lepas yang belum tercapai. Kini kita berada di tahun baru hijrah. "Jadikan hari ini lebih baik dari semalam". Inilah azam tahun baru seorang kawan satu sekolah dua tahun lepas. Harap-harap apa yang dia ingin inginkan tercapai. Bagaimana pula dengan teman-teman sekalian..?

Penulis sebenarnya ingin berkongsi satu cerita tentang "perjuangan belum selesai" yang menjadi tajuk utama blog Pedoman Hidup kali ini. Tajuk ini amat unik dan sukar untuk ditafsir bagi mereka yang tidak memahaminya. Dalam penulisan sebelum ini, penulis sempat berkongsi mengenai "Buat baik sebelum orang lain suruh". Tajuk ini juga berkaitan dengan tajuk penulisan kali ini.

Perjuangan jenis apakah yang kita lakukan sehingga boleh menggegarkan satu dunia. Adakah cukup dengan kita berada dalam kelompok yang mementingkan dunia semata-mata. Tanpa berperang, berperang tidak bermaksud menjunjung senjata. Teringat pula kata seorang ustazah bahawa berfikir sejenak demi kebaikan Islam adalah lebih baik daripada melakukan ibadah seribu tahun dalam keadaan tidak khusyuk.

Berfikir sesuatu untuk menulis blog juga dikategorikan sebagai berperang yang dipanggil berperang dengan pena. Ini adalah satu medan yang boleh digunakan untuk menggantikan kita berperang di Palastin. Walaupun kita tidak berada di tempat mereka sekurang-kurangnya kita dapat memberi kesedaran kepada masyarakat luar mengenai kehidupan mereka di sana.

Berbalik kepada topik yang menjadi perbincangan utama kali ini bahawa perjuangan belum selesai sesuai untuk mereka yang cintakan kedamaian. We love Islam...!! We want peace..!!

Adakah janji-janji yang pernah dilafazkan mampu meringankan beban saudara kita di palastin. Atau hanya sekadar omongan kosong untuk mengaburi mata supaya percaya dengan kata-kata mereka. Dengan inisiatif untuk berkongsi pendapat tentang dunia luar melalui blog ini diharap mampu membuka mata pimpinan yang tidak bertanggungjawab agar menyelamatkan saudara seislam yang berada di jauh di mata tapi mereka tetap di hati.

Peribahasa melayu mengatakan bahawa Cakap tak serupa bikin menjadi persoalan apabila pelbagai usaha dilakukan oleh negara barat untuk menghentikan serangan di Gaza. Namun hasil tidak juga kelihatan. Di mana peranan kita sebagai seorang islam yang sedar akan konflik yang berlaku.

Inilah perjuangan yang belum selesai, diharap hasil penulisan yang tidak seberapa ini dapat menjauhkan penulis daripada ditanya di akhirat kelak. Berfikir sejenak demi Islam.

No comments: